GARIS PANDUAN KARYA DERIVATIF
VMuslimah Productions (selepas ini dirujuk sebagai "VMuslimah") telah menetapkan "Garis Panduan" berikut dalam penghasilan dan penerbitan karya derivatif.
Jika dokumen ini telah diberi kepada anda dalam bahasa selain bahasa Inggeris, sila ambil perhatian bahawa sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma versi bahasa Inggeris dengan versi yang diberi kepada anda akan diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada versi bahasa Inggeris.
1. Akta Hak Cipta 1987
Segala reka bentuk VTuber Muslim VMuslimah, ilustrasi, karya seni, komik web, video pendek animasi, klip animasi, animasi, video muzik, muzik, dsb. (selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai "Aset Kreatif") ialah aset proprietari yang dimiliki secara eksklusif oleh VMuslimah, dan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia 1987 dan undang-undang dan peraturan lain yang berkenaan.
Dalam apa-apa jua keadaan, VMuslimah tidak akan melepaskan hak dan/atau pemilikan Aset Kreatifnya di bawah Garis Panduan ini. VMuslimah mengekalkan hak dan pemilikan penuh ke atas semua Aset Kreatifnya.
2. Hak Menggunakan Karya Derivatif
3. Kebenaran Menggunakan Karya Derivatif
4. Kandungan yang Dilarang
- Karya derivatif yang mengelirukan dan diperkatakan sebagai rasmi;
- Karya derivatif yang mengaut keuntungan;
- Karya derivatif yang berunsurkan NSFW;
- Karya derivatif yang berunsurkan pedofilia;
- Karya derivatif yang berunsurkan LGBTQIA+;
- Karya derivatif yang berunsurkan Islamofobia;
- Karya derivatif yang berunsurkan keganasan dan kebencian;
- Karya derivatif yang berunsurkan diskriminasi perkauman;
- Karya derivatif yang berunsurkan perjudian dalam talian, skim cepat kaya, mata wang kripto dan pelaburan NFT, dan/atau sebarang bentuk produk pelaburan lain;
- Karya derivatif yang bercanggah dengan moral dan ketenteraman orang awam;
- Karya derivatif yang mengandung perkara yang berkaitan dengan ideologi dan politik;
- Karya derivatif yang mempersendakan dan/atau memperlekehkan kepercayaan agama;
- Karya derivatif yang membahayakan dan/atau merosakkan imej jenama VMuslimah;
- Karya derivatif yang membahayakan dan/atau merosakkan imej VTuber Muslim VMuslimah;
- Karya derivatif yang membahayakan dan/atau merosakkan imej pihak ketiga, dan/atau melanggar hak mereka; dan
- Karya derivatif lain yang tidak bersesuaian dengan VMuslimah.
5. Menanggung Kerugian dan Tidak Dipertanggugjawabkan
VMuslimah tidak akan bertanggungjawab sekiranya penggunaan, pengedaran, penyiaran dan penerbitan karya derivatif pengguna mengakibatkan berlakunya pertikaian dengan pihak ketiga.
VMuslimah tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakan dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pengguna sekiranya berlaku pertikaian dengan pihak ketiga.
Pengguna bersetuju bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa karya derivatif yang dihasilkannya.
Pengguna juga bersetuju menanggung kerugian dan tidak mempertanggungjawabkan VMuslimah, pemilik, pengarah, pekerja, kontraktor, pembekal, pemberi lesen dan/atau ejennya, terhadap segala liabiliti, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman) yang terhasil atau timbul daripada penggunaan, pengedaran, penyiaran, dan penerbitan karya derivatif yang dihasilkannya.