TERMA PENGGUNAAN
Terma penggunaan berikut (selepas ini dirujuk sebagai "Perjanjian") mengawal akses pengguna terhadap penggunaan produk dan perkhidmatan VMuslimah Productions (selepas ini dirujuk sebagai "VMuslimah"), termasuk laman web ini, dan perjanjian yang dimeterai secara sah antara pengguna dengan VMuslimah.
Jika dokumen ini telah diberi kepada anda dalam bahasa selain bahasa Inggeris, sila ambil perhatian bahawa sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma versi bahasa Inggeris dengan versi yang diberi kepada anda akan diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada versi bahasa Inggeris.
1. Umur Layak
Pengguna mesti mencapai umur layak di negaranya untuk mengakses dan menggunakan produk dan perkhidmatan VMuslimah.
Jika pengguna berusia di bawah umur layak di negaranya, wakil sah, iaitu ibu bapa atau penjaga mesti bersetuju bagi pihak pengguna untuk mematuhi dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pematuhan pengguna ke atas Perjanjian ini sebelum pengguna menggunakan produk dan perkhidmatan VMuslimah.
2. Hak terhadap Harta Intelek
Segala aset berjenama VMuslimah, termasuk logo, ikon, reka bentuk, karya seni, kemasan dagangan (trade dress), nama VTuber Muslim VMuslimah, produk, perkhidmatan, suara, emoji dan sebarang ciri dan elemen jenama lain, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar ialah aset proprietari yang dimiliki secara eksklusif oleh VMuslimah.
Aset berjenama VMuslimah dilindungi oleh Akta Tanda Dagangan Malaysia 2019, Akta Hak Cipta Malaysia 1987, dan undang-undang dan peraturan lain yang berkenaan.
Dengan mengakses dan menggunakan produk dan perkhidmatan VMuslimah, pengguna bersetuju untuk tidak melanggar hak harta intelek VMuslimah secara sengaja atau tidak sengaja.
3. Dasar Privasi
VMuslimah menghormati hak privasi pengguna.
Sebarang maklumat peribadi yang diberi oleh pengguna kepada VMuslimah atau dikumpulkan daripada pengguna, akan tertakluk pada Dasar Privasi VMuslimah.
4. Karya Derivatif
VMuslimah meraikan setiap kali pengguna menghasilkan dan/atau menerbitkan karya derivatif berdasarkan VTuber Muslim kami.
Dengan menghasilkan dan/atau menerbitkan karya derivatif berdasarkan VTuber Muslim kami, pengguna bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan dalam Garis Panduan Karya Derivatif VMuslimah.