DASAR PRIVASI


VMuslimah Productions (selepas ini dirujuk sebagai "VMuslimah") telah menetapkan "Dasar Privasi" berikut berkenaan pengendalian data peribadi.

Jika dokumen ini telah diberi kepada anda dalam bahasa selain bahasa Inggeris, sila ambil perhatian bahawa sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara terma versi bahasa Inggeris dengan versi yang diberi kepada anda akan diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada versi bahasa Inggeris.


1. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Semua data peribadi yang diberi oleh pengguna kepada VMuslimah, akan dirahsiakan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, dan undang-undang dan peraturan lain yang berkenaan.

2. Hak untuk Mengumpul Data Peribadi

VMuslimah berhak untuk mengumpul data peribadi pengguna bagi tujuan menjawab pertanyaan pengguna, memaklumkan pengguna tentang keputusan uji bakat, memaklumkan pengguna tentang penampilan sulung baharu VTuber Muslim, memaklumkan pengguna tentang produk baharu dan pelancaran perkhidmatan, pemprosesan pembayaran, dsb ( selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai "Aktiviti Perniagaan").

3. Hak Menggunakan Data Peribadi

VMuslimah berhak untuk menggunakan data peribadi yang diberi oleh pengguna bagi tujuan menjalankan Aktiviti Perniagaannya.

4. Hak untuk Mendedahkan Data Peribadi

VMuslimah berhak mendedahkan data peribadi yang diberi oleh pengguna kepada vendor, iaitu pihak ketiga, termasuk pihak pemproses pembayaran, penganalisisan data dan rakan kongsi logistik, bertujuan menjalankan Aktiviti Perniagaannya.

Selain yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, VMuslimah tidak akan mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga, melainkan dikehendaki oleh undang-undang.


5. Kebenaran Menggunakan Data Peribadi

Pengguna bersetuju dan membenarkan VMuslimah menggunakan data peribadinya bagi tujuan menjalankan Aktiviti Perniagaan.

6. Pendedahan Data Peribadi secara Sukarela

Pengguna mengakui bahawa dia memberikan data peribadinya kepada VMuslimah secara sukarela.

7. Penggunaan Kuki dan Teknologi Lain

VMuslimah menggunakan kuki dan/atau teknologi serupa bertujuan meningkatkan sesi melayari web pengguna, menyelaraskan kandungan dan iklan berdasarkan tetapan pengguna.


8. Perubahan Pemilikan

Sekiranya berlaku perubahan pemilikan dan/atau kawalan produk dan perkhidmatan VMuslimah, VMuslimah berhak untuk memindahkan semua data peribadi yang diberikan oleh pengguna kepada pemilik baharu secara keseluruhan atau sebahagian.

9. Pengisytiharan

Dengan mengakses, dan menggunakan produk dan perkhidmatan VMuslimah, pengguna mengesahkan bahawa dia telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, Terma Penggunaan dan Garis Panduan Karya Derivatif.

Kemas kini: 23 Oktober, 2023.